Johannes Gensfleisch zur Laden zum Gutenberg lahir di kota Mainz sekitar 1398, Jerman, tercatat sebagai seorang penemu mesin cetak pertama kali,
putra bungsu dari pedagang kelas atas Friele Gensfleisch zur Laden,
dari istri keduanya Else Wyrich. Menurut beberapa laporan Friele adalah
seorang tukang emas untuk uskup di Mainz, namun kemungkinan besar ia
juga melakukan perdagangan kain sebagai sumber penghasilannya. Tahun
kelahiran Gutenberg tidak diketahui persis namun kemungkinan besar
sekitar 1398.
Ia menerima latihan awal
sebagai seorang tukang emas. Pada tahun 1411, terjadi pemberontakan di
Mainz, sehingga dia harus pindah ke Strasbourg dan tinggal di sana
selama 20 tahun. Di Strasbourg, beliau menyarai hidupnya dengan membuat
barangan logam. Gutenberg menghasilkan hiasan kecil bercermin untuk
dijual kepada pelawat ugama Kristian. Dia kemudiannya pulang ke Mainz
dan bekerja sebagai seorang tukang emas.
Idea Gutenberg yang
terpenting tercetus ketika dia bekerja sebagai tukang emas di Mainz. Dia
mendapat buah fikiran untuk menghasilkan surat pengampunan dengan
membentuk cop huruf untuk mencetak surat pengampunan dengan banyak agar
dia boleh mendapat banyak wang untuk membayar hutang-hutangnya ketika
dia bekerja sebagai tukang logam dahulu. Pada masa itu buku dan surat
ditulis dengan tulisan skrip gotik dengan tangan dan mengandungi banyak
kesalahan ketika penyalinan serta lambat.
Oleh itu, Gutenbert
mula membuat acuan huruf logam dengan menggunakan timah hitam untuk
membentuk huruf skrip gotik. Pada permulaannya Gutenberg terpaksa
menghasilkan hampir 300 bentuk huruf untuk meniru bentuk tulisan tangan
yang bersambung-sambung. Setelah itu Gutenberg mereka mesin cetak yang
bergerak untuk mencetak. Mesin cetak bergerak inilah sumbangan terbesar
Gutenberg. Setelah menyempurnakan mesin cetak bergeraknya, Gutenberg
mula mencetak beribu-ribu surat pengampunan yang disalah gunakan oleh
Gereja Katolik untuk mendapatkan uang. Penyalah-gunaan ini merupakan
punca timbulnya bantahan daripada sesetengah pihak seperti Martin
Luther.
Pada
tahun 1452, Gutenberg mendapatkan pinjaman wang daripada Johann Fust
untuk memulakan projek pencetakan biblenya yang terkenal. Bagaimanapun
Gutenberg telah dipecat daripada menguruskan pencetakan Bibal itu
sebelum ianya disiapkan sepenuhnya disebabkan Gutenberg dituduh mencetak
surat pengampunan, kalender dan buku bacaan ringan sebagai aktiviti
sampingan. Bagaimanapun Bible yang terhasil masih dikenali sebagai Bible
Gutenberg yang mengandungi 42 baris setiap muka disiapkan pada 15
August 1456 dan dianggap sebagai buku bercetak tertua di dunia barat.
Dua ratus jilid salinan Bible Gutenberg telah cetak, sebahagian kecilnya
(lebih kurang 50) dicetak di atas kulit lembu muda (velum). Bible
Gutenberg yang cantik dan mahal itu dijual pada harga setimpal dengan
tiga tahun gaji seorang kerani biasa. Ia dijual di Pameran Buku Franfurt
pada tahun 1456. Secara kasar hampir 1/4 Bible Gutenberg masih wujud
sekarang.
Selain menjadi peneroka bidang percetakan, Gutenberg
juga mencipta bahan sampingan percetakan seperti dakwat dan cop huruf.
Dakwat yang digunakan merupakan campuran minyak, tembaga, dan timah
hitam masih kekal warnanya. Ianya adalah berlainan daripada dakwat
tulisan biasa kerana dakwat percetakan adalah lebih pekat dan likat.
Gutenberg juga telah menyempurnakan campuran logam untuk membentuk cop
huruf dengan gabungan timah hitam, antimoni dan timah yang masih kekal
digunakan sehingga abad ke 20.
Gutenberg juga dipercayai mula
bekerja untuk menyiapkan Ensiklopedia Catholicon of Johannes de Janua,
setebal 748 muka dengan 2 ruangan setiap muka dan 66 baris setiap satu
ruangan. Pada akhir hayatnya dia diterima sebagai pengiring (courtier)
kepada uskup besar Mainz. Pada tahun 1468 Gutenberg meninggal dan
ditanam di gereja Franciscan, Mainz.
Home » Penemu » Penemu Mesin cetak - Johannes Gutenberg
Saturday, 17 November 2012
Penemu Mesin cetak - Johannes Gutenberg
lainnya dari Penemu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment